Friday, January 22, 2021

PENGALAMAN FIRST TIME NAIK FLIGHT

Assalamulaikum dan hyee semuaa. Memandangkan hari ni aku macam takde idea nak cerita apa kat korang. So hari ni aku nak cerita pengalaman aku first time naik flight. Berkemungkinan post ni pendek sikit kott. Maklumlaa takde idea nak blogging apa. Hehehehe.

.

So, pertama kali aku naik flight pada tahun 2013 (kalo tak silap). Time tu nak pi buat umrah. Memang excited time tu. Ye laa orang tak pernah naik flight. Aku duk kira hari je time tu, bila la nak pi. Tak sabar sangat nak naik flight. Aku tak takut naik flight. Tapi kalau orang tu gayat, agak2 dia takut tak naik flight? Ke biasa je dia rasa? Aku pun tak tau sebab aku tak gayat.

.

Dipendekkan cerita, hari yang kita orang berlepas tu, memang ramai family datang kat airport. Duk bersalaman antara satu sama lain sebelum kita orang berlepas. Lepas dah salam2 semua, kita orang pun pergi laa. Aku ingat lepas dah salam2 tu bole terus naik kapal terbang. Rupanya tak. Ko kena masuk dekat satu tempat ruangan menunggu dulu. Ko kena duduk situ dulu kejap sebelum masuk kapal terbang. Berapa lama duk situ pun aku tak ingat. Tapi takdelah lama sangat rasanya. Seingat aku laa.

.

Kat tempat ruangan menunggu tu besar tau. Pastu banyak kerusi untuk duduk. Ada best kat tempat ruangan menunggu tu. Aku ingat lagi. Benda best tu sebab kat ruangan menunggu tu ada cermin yang kau boleh nampak luar. So, time tu kau bole laa nampak kapal terbang banyak kat situ. Ada yang tengah parking. Ada yang berlepas. Ko macam tengah tengok live laa kat situ. Time tu best betol. Ye laa orang tak pernah tengok kapal terbang depan mata. Sebab tu rasa best. Time tu nampak kapal terbang besar betul. Selau tengok kecik je kat tv. Hehehe.

.

Dipendekkan cerita dah masuk dalam kapal terbang. Bila masuk dalam kapal terbang tu rasa macam keciknyerr dalam dia. Sebab ada banyak tempat duduk kan. Tapi sebenarnya benda tu besar lagi sampai ke belakang. Masa tu aku budak sekolah menengah lagi. Mana laa tau. Hehehe. Dulu waktu aku kecik2, aku ingat lagi nak naik kapal terbang, tapi nak duduk dekat bahagian sayap kapal terbang. Hahhahahaha. Mana boleh duduk kat bahagian sayap tu sebenarnya. Heheheh

.

Bila dah masuk kapal terbang ni, ko tak boleh duduk ikut suka je. Sebab ko memang dah ada tempat duduk ko sendiri. Macam dakat wayang. Ikut tiket. Tapi nasib baik time tu aku dapat duduk sebelah tingkap. Best wooo. Dapat jugak tengok tingkat kat kapal terbang. Heheheh. 

.

Aku nak cerita dekat korang yg time flight nak berlepas nie. Biasa tengok kalau dalam tv, waktu dia nak berlepas tu macam perlahan je dia jalan atas jalan tu. Tapi bila kau dalam flight, kau akan terasa laju betol pilot ni bawak. Dia mesti bawak laju2 punya kt atas jalan tu sebab nak bagi flight tu bole terbang. Time tu aku rasa laju betol. Best. Lepas tu time yg flight dah nak terbang tuu, ko akan rasa kapal terbang tu macam gegar sikit. Hah tu je la. Pastu makin lama flight pun makin tinggi dan makin tinggi.

.

Tapi bila kau dah kat atas, ko terasa macam naik kereta je. Sebab tak rasa apa2 dah bila kat atas tu. Rasa kapal terbang tu statik je. Tapi best bila kau tengok kat tingkap. Nampak awan. Hah tu je laa kot yang nampak. Tak nampak pulak burung. Hurmm. Mungkin tinggi sangat kott. Hihihi.

.

Aku ingat lagi ada satu kejadian di dalam pesawat di mana aku telah ditegur oleh seorang pramugari supaya menurunkan tingkap aku. Dalam kapal terbang ni, tingkap dia bukan macam tingkap kereta tau,. Jangan confused pulak. Tingkap kereta kau bukak dapat angin. Tingkap kapal terbang ni ko bukak akan ada satu lagi cermin untuk ko tengok. So kalau kau tutup tingkap kapal terbang, tak nampak apa laa.

.

So, cerita dia macam ni. Sedang aku syok2 tengok pemandangan luar tingkap tu, tiba2 aku rasa ada orang pegang aku. Aku tak ingat pramugari tu kata apa. Tapi lebih kurang macam ni la, dia suruh tutup tingkap sebab yang lain nak tido macam tu laa. Pastu bila aku pandang belakang, lampu dalam tempat kapal terbang aku tu dah tutup. So bila aku bukak tingkap, cahaya luar tu masuk. Menganggu orang lain nak tido agaknya. Aku pun tutup laa. Rasanya kat kapal terbang tu ada masa tido kott. Ye laa kalau dah bergelap macam tuu. Time tu aku macam "alaaaaaaa, aku nak tengok pemandangan lagi, yang lain xpe laa, mungkin dah biasa naik kapal terbang, aku first time kott'. Tapi aku cakap dalam hati je la. Hehehehhee.

.

So, itulah pengalaman first time aku naik flight. Aku takde pengalaman kedua naik flight. Sebab itulah kali pertama dengan kali terakhir aku naik flight setakat ni. Huhuhuhhu. Naik naik flight lagi! Korang doakan lah aku dapat naik flight pi melancong pulak. Heheheh. Aku suka pi negara orang. Heheh. Kalau yang tak pernah merasa lagi naik flight, aku doakan korang dapat merasa naik flight suatu hari nanti. Amin..

.

Yee itu sahaja cerita aku untuk hari ni. Ingatkan tak panjang, panjang juga eh. Ish3. Esok nak cerita apa pulak ni. Macam dah ketandusan idea. Baru berapa hari. Baru aku faham menjadi seorang blogger. Bukan senang nak post hari2. Huhu. Bye, Assalamualaikum. Jumpa lagi. 

11 comments:

  1. singgah sini melawat cik piyaaa :)

    ReplyDelete
  2. Membalas kunjungan cik piya. Rezeki cik piya dapat naik flight. Akak belum pernah lagi naik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piya doakan akak dapat naik flight suatu hari nanti. Amin. :)

      Delete
  3. In Shaa Allah, semoga berpeluang lagi untuk naik flight yer. Pengalaman pertama tu memang best nak² perjalanan jauh kan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Wah kenangan first time naik flight memang tak dapat dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Hihihihi kenangan paling best sekali :D

      Delete
  5. pengalaman yang indah, terjumpa komen piyaa di blog saya, saya singgah kembali, teruskan menulis. buat sungguh-sungguh sampai jadi, kongsikan ilmu, pengalaman dan skill

    ReplyDelete

PENGALAMAN FIRST TIME NAIK FLIGHT

Assalamulaikum dan hyee semuaa. Memandangkan hari ni aku macam takde idea nak cerita apa kat korang. So hari ni aku nak cerita pengalaman ak...