Friday, January 22, 2021

PENGALAMAN FIRST TIME NAIK FLIGHT

Assalamulaikum dan hyee semuaa. Memandangkan hari ni aku macam takde idea nak cerita apa kat korang. So hari ni aku nak cerita pengalaman aku first time naik flight. Berkemungkinan post ni pendek sikit kott. Maklumlaa takde idea nak blogging apa. Hehehehe.

.

So, pertama kali aku naik flight pada tahun 2013 (kalo tak silap). Time tu nak pi buat umrah. Memang excited time tu. Ye laa orang tak pernah naik flight. Aku duk kira hari je time tu, bila la nak pi. Tak sabar sangat nak naik flight. Aku tak takut naik flight. Tapi kalau orang tu gayat, agak2 dia takut tak naik flight? Ke biasa je dia rasa? Aku pun tak tau sebab aku tak gayat.

.

Dipendekkan cerita, hari yang kita orang berlepas tu, memang ramai family datang kat airport. Duk bersalaman antara satu sama lain sebelum kita orang berlepas. Lepas dah salam2 semua, kita orang pun pergi laa. Aku ingat lepas dah salam2 tu bole terus naik kapal terbang. Rupanya tak. Ko kena masuk dekat satu tempat ruangan menunggu dulu. Ko kena duduk situ dulu kejap sebelum masuk kapal terbang. Berapa lama duk situ pun aku tak ingat. Tapi takdelah lama sangat rasanya. Seingat aku laa.

.

Kat tempat ruangan menunggu tu besar tau. Pastu banyak kerusi untuk duduk. Ada best kat tempat ruangan menunggu tu. Aku ingat lagi. Benda best tu sebab kat ruangan menunggu tu ada cermin yang kau boleh nampak luar. So, time tu kau bole laa nampak kapal terbang banyak kat situ. Ada yang tengah parking. Ada yang berlepas. Ko macam tengah tengok live laa kat situ. Time tu best betol. Ye laa orang tak pernah tengok kapal terbang depan mata. Sebab tu rasa best. Time tu nampak kapal terbang besar betul. Selau tengok kecik je kat tv. Hehehe.

.

Dipendekkan cerita dah masuk dalam kapal terbang. Bila masuk dalam kapal terbang tu rasa macam keciknyerr dalam dia. Sebab ada banyak tempat duduk kan. Tapi sebenarnya benda tu besar lagi sampai ke belakang. Masa tu aku budak sekolah menengah lagi. Mana laa tau. Hehehe. Dulu waktu aku kecik2, aku ingat lagi nak naik kapal terbang, tapi nak duduk dekat bahagian sayap kapal terbang. Hahhahahaha. Mana boleh duduk kat bahagian sayap tu sebenarnya. Heheheh

.

Bila dah masuk kapal terbang ni, ko tak boleh duduk ikut suka je. Sebab ko memang dah ada tempat duduk ko sendiri. Macam dakat wayang. Ikut tiket. Tapi nasib baik time tu aku dapat duduk sebelah tingkap. Best wooo. Dapat jugak tengok tingkat kat kapal terbang. Heheheh. 

.

Aku nak cerita dekat korang yg time flight nak berlepas nie. Biasa tengok kalau dalam tv, waktu dia nak berlepas tu macam perlahan je dia jalan atas jalan tu. Tapi bila kau dalam flight, kau akan terasa laju betol pilot ni bawak. Dia mesti bawak laju2 punya kt atas jalan tu sebab nak bagi flight tu bole terbang. Time tu aku rasa laju betol. Best. Lepas tu time yg flight dah nak terbang tuu, ko akan rasa kapal terbang tu macam gegar sikit. Hah tu je la. Pastu makin lama flight pun makin tinggi dan makin tinggi.

.

Tapi bila kau dah kat atas, ko terasa macam naik kereta je. Sebab tak rasa apa2 dah bila kat atas tu. Rasa kapal terbang tu statik je. Tapi best bila kau tengok kat tingkap. Nampak awan. Hah tu je laa kot yang nampak. Tak nampak pulak burung. Hurmm. Mungkin tinggi sangat kott. Hihihi.

.

Aku ingat lagi ada satu kejadian di dalam pesawat di mana aku telah ditegur oleh seorang pramugari supaya menurunkan tingkap aku. Dalam kapal terbang ni, tingkap dia bukan macam tingkap kereta tau,. Jangan confused pulak. Tingkap kereta kau bukak dapat angin. Tingkap kapal terbang ni ko bukak akan ada satu lagi cermin untuk ko tengok. So kalau kau tutup tingkap kapal terbang, tak nampak apa laa.

.

So, cerita dia macam ni. Sedang aku syok2 tengok pemandangan luar tingkap tu, tiba2 aku rasa ada orang pegang aku. Aku tak ingat pramugari tu kata apa. Tapi lebih kurang macam ni la, dia suruh tutup tingkap sebab yang lain nak tido macam tu laa. Pastu bila aku pandang belakang, lampu dalam tempat kapal terbang aku tu dah tutup. So bila aku bukak tingkap, cahaya luar tu masuk. Menganggu orang lain nak tido agaknya. Aku pun tutup laa. Rasanya kat kapal terbang tu ada masa tido kott. Ye laa kalau dah bergelap macam tuu. Time tu aku macam "alaaaaaaa, aku nak tengok pemandangan lagi, yang lain xpe laa, mungkin dah biasa naik kapal terbang, aku first time kott'. Tapi aku cakap dalam hati je la. Hehehehhee.

.

So, itulah pengalaman first time aku naik flight. Aku takde pengalaman kedua naik flight. Sebab itulah kali pertama dengan kali terakhir aku naik flight setakat ni. Huhuhuhhu. Naik naik flight lagi! Korang doakan lah aku dapat naik flight pi melancong pulak. Heheheh. Aku suka pi negara orang. Heheh. Kalau yang tak pernah merasa lagi naik flight, aku doakan korang dapat merasa naik flight suatu hari nanti. Amin..

.

Yee itu sahaja cerita aku untuk hari ni. Ingatkan tak panjang, panjang juga eh. Ish3. Esok nak cerita apa pulak ni. Macam dah ketandusan idea. Baru berapa hari. Baru aku faham menjadi seorang blogger. Bukan senang nak post hari2. Huhu. Bye, Assalamualaikum. Jumpa lagi. 

Thursday, January 21, 2021

SUSAH KE MUET?

 Assalamulaikum dan hyee semua. Okay hari ni aku nak cerita pasal MUET pulak. Untuk yang tak tau MUET ni maksudnya Malaysia University English Test. Basically muet ni korang akan amik bila korang masuk universiti. Kalau korang masuk tingkatan 6 pun kena amik muet jugak. Muet ni diantara subjek wajib yang ko kena amik. Untuk korang senang paham muet ni sebenarnya belajar bahasa Inggeris je. Cuma nama je dia tukar. Nampak gah sikit. Dah level universiti kan. Hehehe. Aku mula2 tu, apa ni muet2 bagai ni? Rupanya belajar bahasa Inggeris je. Baru aku paham. Hahhaha.

.

Kita cerita pasal muet dulu. Sape je yang tak takut bahasa Inggeris. Untuk orang macam level2 aku memang takut bahasa Inggeris. Apatah lagi kalau dapat cikgu yang speaking memanjang bahasa Inggeris. Fuhh seram kott. Macam time aku zaman sekolah dulu nasib baik cikgu BI aku semua baik2. Tak de yang jenis speaking 24 jam. Sebenarnya bagus kalau ada cikgu yang speaking 24 jam tu. Lagi boleh cepat kita belajar bahasa Inggeris. Cumanya time zaman sekolah tu, ko paham je la kan, aku ni mana laa reti cakap bahasa Inggeris. Yang simple2 je bole la. Kita akan jadi takut tau. Aku pun rasa time tu cikgu pun paham. Ramai je budak Melayu yang lemah bahasa Inggeris. So cikgu aku pun cakap campur2 bm bi. Lega aku. Hehe.

.

Bercerita pasal muet pulak. Zaman aku form 6, cikgu muet aku tu cikgu berbangsa Cina. Time tu aku dah mengeluh dah. Mana taknya, dapat cikgu Cina kot. Mesti cikgu tu speaking punya. Lagi2 aku dah tingkatan 6. Sebab selama ni aku tak pernah dapat cikgu Cina yang ajar bahasa Inggeris. Time zaman sekolah dulu cikgu Melayu ngan cikgu India je. Time ni aku rasa, alamak mesti garang punya laa cikgu Cina ni. Mesti speaking cikgu ni power. Pastu mesti cikgu ni tegas punya. Adoii habislah aku dengan tak reti cakap bi lagi.

.

Alih2 rupa2nya cikgu tu baik weyhhhh. Dia memang tau budak Melayu banyak yang lemah bahasa Inggeris. Dia cakap kat kelas bahasa Inggeris. Tapi kadang2 bila dia tengok muka kita orang yang macam tak paham dia cakap apa, dia akan cakap bahasa Melayu. Baik sangat. Dia cakap pun soft spoken je. Lembut je. Best tau kalau kau dapat cikgu bi yang tau kau takut bahasa Inggeris. Cikgu tu akan encourage kau supaya kau boleh cakap dalam bahasa Inggeris. Sepanjang aku belajar dengan dia, tak pernah kena marah. Dia antara cikgu yang banyak bagi motivasi supaya kita orang rajin belajar bahasa Inggeris. Hehehe.

.

Okay, sekarang kita cerita pasal muet pulak. Dalam muet dia ada 4 bahagian. Speaking, Writing, Listening dengan Reading and Comprehension kalo tak silap. Hehe. Aku cite satu2 eh. Speaking ni korang kena cakap dalam bahasa Inggeris dalam bentuk berkumpulan. 4 orang. Dia akan bagi kau tajuk macam tuu. Then kau state kan kau punya opinion macam tu. Writing pulak macam exam biasa. Akan ada kena buat essay dalam exam tu. Kalau listening pulak, dia kan bagi kau kertas dalam bentuk subjektif macam tu. Pastu akan ada radio. Ko kena dengar cerita dalam radio tu, pastu kau kena isi tempat kosong dalam kertas subjektif tu. Kalau reading pulak, macam kertas objektif bahasa Inggeris. Akan ada banyak petikan, then ko kena jawab berdasarkan petikan tu. Soalan dalam bentuk objektif.

.

Susah ke tak muet ni sebenarnya? Kalau bagi aku yang reading dengan listening tu okay lagi. Yang reading tu ko kena buat banyak latihan. Pastu ko kena tengok betul2 jawapan. Takut ada jawapan yang trick kat situ. Yang listening pun okay lagi. Ko kena dengar betul2. Then masukkan benda yang dia nak dalam kertas tu. Yang problemnya kat sini writing dengan speaking. Fuhhh mencabar betul. Kau bayangkanlah, aku memang jenis takut nak cakap bahasa Inggeris. Takut grammar aku ke laut. Memang payah sikit laa nak buat speaking ni. Kalau writing pulak yang problemnya part nak buat essay tu la. Perkataan yang dia nak kan banyak. Aku nak tulis apa kalau aku punya vocab bi tak banyak. Hhuhu sedih betol. Kalau macam aku, aku rasa lagi susah speaking sebab kalau writing hentam kromo je la. Janji tulis dalam bahasa bi. Lagipun exam bukannya orang lain tau pun kau tulis apa dalam kertas. Hehehhee. Yang payahnya yang speaking tu la. Sebab time ko speaking tu ada cikgu lain pantau kau. Pastu kena speaking depan kawan2 ko lagi. Malu laa kalau salh cakap ke apa.

.

Kalau macam aku, aku dah tau kelemahan aku speaking, aku pulun habis2 yang lain. Janji dapat lepas band 3 pun dah okay dah. Kalau dalam muet dia tentukan kau lepas melalui band. Dia ada band 1 sampai band 6. Band yang paling power band 6 la. Band 1 dengan 2 kira macam gagal laa. Band 3 ke atas lulus. Sebab tu aku memang target dapat band 3 pun jadi laaa.

.

So, kalau korang nak pandai bahasa Inggeri korang kena rajin buka dictionary, baca buku bahasa Inggeris, tengok cite yang ada subtittle bahasa Inggeris ke. Ada macam2 cara lagi nak pandai bahasa Inggeris. Tapi yang penting kena rajin la. Aku sampai sekarang pun takut lagi nak cakap bahasa Inggeris dengan orang luar. Takut dorang tak paham bahasa Inggeris yang aku cakap. Hahahhahaha. Yang penting kena ada confident. Aku pun tengah nak build confident cakap bahasa Inggeris. Hehhehheheh.

.

So kesimpulannya SUSAH KE MUET? SUSAH kalau tak belajar dik oii. Huhu. Kalau belajar okay lerr. Lama2 nanti terel dah tu cakap bahasa Inggeris hehe. Nak tak nak ko kena ada usaha untuk belajar bahasa Inggeris. Marilah sama2 kita pandai bahasa Inggeris. Aku pun nak jadi pandai gak cakap bi. Heheheheheh.

.

Itu sahaja perkongsian aku untuk hari ni. Esok nak citer apa pulak eh. Hurmmm. Aku harap aku dapat tulis blog2 hari2 macam sekarang. Doakan aku tau. Amin. Best laa tulis blog ni. Heheheh. Kita jumpa esok. Bye, Assalamualaikum. Jumpa lagi.


Wednesday, January 20, 2021

PENGALAMAN MEMASUKI TINGKATAN 6

 Hari ni aku nak cerita dekat korg pengalaman aku masuk tingkatan 6. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku masuk tingkatan 6 sesi 2016/2017. So, xde la lama sangat. Kira baru jugak laa kan. Aku kena bagitau sesi takut nanti kang yg aku cite x sama ngan yg korg lalui sekarang. Maklum laa sistem kan berubah-ubah.

.

Alkisahnyaaa, aku memang dri form 5 lgi nak masuk tingkatan 6 mcm kakak aku. Sebabnya, aku nmpk msuk tingkatan 6 ni mcm short way untuk kau pegi degree. Mana xnya, kalau kau amik diploma lebih kurg 3 ke 4 tahun. Tapi kalau ko amik tingkatan 6 (stpm), cuma dalam lebih kurg 2 tahun je. Hahhh kan jimat umur kt situ. Heheheeh. Walaupun time form 5 tu aku mmg dah nekad dah nak masuk tingkatan 6, tapi aku tetap mohon upu gak. Hehehe time tu nk tengok layak ke keputusan aku tu smbung belajar dekat universiti. Hehehehe.

.

Jadinyaaa kisahnyaa begini, sebelum result upu ko keluar, ko akan masuk tingkatan 6 dulu. Aku pun x ingt sangat mcm mana aku bole masuk tingkatan 6. Tapi mcm tu laa ko akan masuk tingkatan 6 dulu. Time ko pegi orientasi tu, ya Allah, ko boleh nampak ramai sgt yg masuk tingkatan 6 nie. Time tu kan result upu x keluar lagi. So memang ramai sgt. Time tu aku kena hadap la orientasi seminggu dengan mcm2 org. Sebab ramai sangat kan. Aku x suka sgt ramai2 sbb aku ni bukannya pandai buat kawan pun. 

.

Kisah dipendekkan, keluar laaa result upu. Time tu memang ko akan nampak ramai keluar tingkatan 6. Ye laa dorg dapat masuk universiti kan. Memang ramai betul keluar. Tinggal berapa kerat je dekat tingkatan 6 ni termasuk laaa aku. Time ni rasa best sbb baru laa boleh bernafas. Time tu boleh dikatakan yg tinggal dekat tingkatan 6 tu yg x dpt masuk uni laa termasuk laa aku. Aku check aku punya upu pun x lepas masuk uni. Teruk jugak result aku sampai x lepas masuk universiti. Adoiiii. Time tu ko dpt laa tgk muka2 kawan kau yg kecewa x dpt masuk universiti. So terpaksa stay kat tingkatan 6. Kalau aku xde la kecewa sgt sbb aku mmg nak duduk tingkatan 6. Tapi time tu rasa mcm apa yg aku belajar form 4 form 5 sampai x lepas masuk universiti. Hahahahaha. Banyak main aku ni time form 5 dulu. Tapi ada jugak kawan2 aku yg walaupun dpt result upu tetap nk stay dekat form 6. Lagi untung masuk form 6. Tengok pandangan masing2. Aku pun setuju lagi untung masuk form 6. Heheheh. Tapi kalau result upu yg korg dpt nie mmg kena dgn korg punya bidang dgn minat, pegi lerr.

.

Okay, kembali pada zaman form 6. Zaman form 6 aku laa zaman yg paling best sekali dalam zaman persekolahan. Hoho. Waktu tu kelas aku cuma ada 20 orang je. Best kottt. Sikit sgt. kalau form 5 dulu 30 lebih x silap. Kelas aku ni pun kira kelas yg paling banyak murid. Kelas lain semua x lebih 15, ada yg x sampai 10 pun. Zaman aku dulu form 6 cuma ada 6 kelas je. 4 kelas aliran kemanusiaan. 2 kelas aliran sains. Sikit kan? Best2. Lagi sikit lagi aku suka. So aku punya kelas aliran kemanusiaan. Walaupun form 5 aku aliran sains tulen, tapi time form 6 dia bgi aku aliran kemanusiaan. Mungkin result x strong kot untuk amik aliran sains. Ada jugk kawan aku yg dapat aliran sains form 6, pastu tukar aliran kemanusiaan. Serius susah kalau amik aliran sains form 6. Tpi kalau kau dah dpt aliran kemanusiaan, x boleh tukar pi aliran sains.

.

Subjek yg aku amik pulak pengajian am, bahasa melayu sejarah dengan ekonomi. Waktu tu dia bagi pilihan sama ada ekonomi atau pengajian perniagaan. Waktu tu dua2 aku mmg xde basic sbb aku dari aliran sains en. Aku amik je la ekonomi mcm kakak aku punya. Bila dah belajar, nasib baik aku amik ekonomi sbb aku tengok kawan aku yg amik pengajian perniagaan tu mcm susah je subjek dia. Subjek ni korg boleh pilih tau. Tapi bergantung juga pada sekolah tu tawarkan subjek apa. 

.

Tingkatan 6 sekarang x macam tingkatan 6 dulu2. Yg dulu punya ko kena belajar banyak2 pastu exam sekali je yg last year tu. Yg tu mmg parah. Bayangkanlah kalo ko amik sejarah, banyak kot kena hafal. Tapi nasib baik format dah tukar sekarang. Dia buat macam format universiti. Ada semester. Untuk tingkatan 6 ni dia ada 3 semester tau. 1 semester 6 bulan. So, 1 semester tu ko kena belajar 4 subjek je. Sikit je. So time tu bole pulun habis2, belajar betol2. Yg bestnya kau bole repeat paper yg ko gagal. Tapi untuk semester 1 dgn 2 je la. Semester 3 dah kira final dah tu. Tapi kena bayar kalau nak repeat. Zaman aku 1 paper RM50. Mahal jugk tu. Baik laa belajar betol2. Huhuhu.

.

Aku rasa part yg paling mencabar dalam tingkatan 6 ni part menyiapkan kerja kursus. Part ni mmg menguji betol. Setiap subjek kena buat kerja kursus. Time tu ko akan dpt tgk muka kawan2 ko stress laa apa la. Mcm2 lagi. Tapi kerja kursus ni bagus tau bila ko dah masuk uni nanti. At least ko dah ada basic buat kerja kursus. Walaupun penat, stress tapi best. Dia mcm ni tau. Sem 1 ko baru nak kenal ngan kawan2 baru. Baru nk ngam mcm tu la. Sem 2 pulak ko dah rapat ngan kawan2 ko pastu sibuk dengan kerja kursus. Sem 3 pula dah nak hbis. Time nie mmg ko dah rapat sgt ngan kawan kelas ko. Nak berpisah pun cam sedih je. Yela lepas ni semua buat haluan masing2 mcm sekarang. Rindu la zaman form 6 aku. Bila kau dah sem 3 ko akan rasa cepatnya form 6. Sekejap je. Aku ingt lgi time aku sem 1, aku ckp ngan kawan aku, bila la nk sem 3. Tup2 dah sem 3. Sekejap je.

.

Kalau korg tnya aku best x masuk form 6? Aku akan jawab BEST SANGAT2!! Rugi kalau x masuk. So, kalau ada diantara korg yg teragak2 nak masuk form 6 x, masuk je. Sebab x rugi pun masuk form 6. Tapi biasanya org akan anggap yg masuk form 6 ni mesti x lepas masuk universiti. Xpe. Rezeki Allah ada je dekat mana2. Kalau kau masuk universiti pun kau belajar, kalau kau masuk form 6 pun kau belajar. Universiti ke form 6 ke dua2 tempat menuntut ilmu. Beza tempat je. Rezeki Allah bagi x sama. Ada org lepas form 5 kahwin, ada yg kerja, ada yg buat bisnes kecil-kecilan. So, x sama perjalanan kita dengan org lain. Kalau ada adik2 yg x dpt masuk universiti pastu terpaksa masuk form 6, janganlah sedih. Form 6 ni best tau. Tarik nafas dalam2 pastu jalanilah kehidupan sebagai budak form 6. Aku bangga tau masuk form 6. Hehehe.

.

Sampai sini je coretan aku untuk hari ni. Kita sambung esok ye. Nak cite apa pulak esok. Bagi aku pikir jap. Bye, Assalamualaikum. Jumpa lagi. 

Tuesday, January 19, 2021

NAMA AKU PIYAAA

Assalamulaikum dan Hyee semua. Nama aku Piyaaa. Hari ni aku dah berjaya buat blog sendiri. Macam tak percaya je. Dulu aku ingat nak buat blog ni susah. Senang rupanya. Tak sampai 5 minit je pun nak buat blog. Kenapa la aku x search betol2 dulu. Kalau x dah lama aku ada blog. Tujuan aku buat blog ni supaya aku dapat menulis. Hehe. Aku suka menulis. Banyak je idea2 aku nak wat menulis ni. Harap2 suatu hari nanti aku dapat jadi penulis. Amin. 
.
So, untuk posting aku yang pertama ni, aku akan kenalkan diri aku sikit dekat korang. Nama aku Piyaaa. Nama pendek Piya. Nama panjang Piyaaa. Ikut suka hati korang nak panggil yang mana satu. Aku dah habis sekolah. Semua sekolah aku dah pergi dari sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. So, aku bukan budak kecik lagi. Aku dah besar. Jadinyaaaa, salam perkenalan dari aku, Piyaaa untuk korang semua.
.
Aku baru je buat blog ni. Masih lagi dalam keadaan amatur dalam penggunaan blog ni. So kalau ada kakak2 ke abang2 ke yang tengah baca blog aku nie, bole laa comment apa2 yang kurang dalam blog aku ni ye. Aku akan terima segala kritikan yang membina. Hihi. Thank you in advance kalau ada yg dah comment. Best ke buat blog? Ni baru pengalaman pertama aku buat blog. Harap2 laa menjadi. Tahun 2021 baru aku tau nak buat blog. Ish3, apa nak jadi dengan kau ni Piya... Tapi belum terlambat lagi kannnn? Aku nak tengok sejauh mana aku bertahan buat blog dan menghiburkan korang. Korang rasa terhibur x?
.
Sekarang ni aku macam teragak2 tau. Aku x tau la nak buat blog ni untuk macam penulisan harian yang macam aku tengah tulis sekarang ni ke aku nak buat blog ni macam cerpen2 yang aku tulis. Aku tengah confused ni. Mana korg suka? Ke aku patut buat dua2? Sebab kalau nak tunggu cerpen macam lama je lagi nak post kan... Hurmmmmmm... 
.
Lagi satu yg aku terfikir. Aku baru buat blog, glamour pun x lagi. Ada ke yg nak baca blog aku nie. Kalau aku x terkenal, cam mana org nak baca blog aku nie. Pening juga pikir ni. Buat blog dah jadi, tapi ada ke yg nak baca. Aku x femes lagi ni. Kalau ada antara korg yg tengah baca, comment tau. At least aku tau blog aku nie ada org baca. Terharu. Patut la org suka buat blog, bole tulis macam2 dalam nie. Best2. Tak sia2 aku buat blog.
.
Ada lagi satu yang aku terfikir. Zaman sekarang dah ada macam2. Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan mcm2 lagi laaa. Ada ke org yg masih membaca di blog pada tahun 2021 ni? Persoalan yang rumit nie. Ditambah pula dengan mcm2 game kita boleh download. Fuhh mencabar betol buat blog 2021 ni. Aku harap aku dapat berjaya dengan blog aku nie. Doakan aku ye! Piyaaa, fighting!!!
.
Untuk posting yang pertama ni rasanya dah cukup panjang aku tulis. Hehe. Mula2 tu macam, macam mana aku nak tulis banyak2. Tapi lepas dah tulis, mcm2 cerita pulak aku nk cite. Sambung esok laa. Korg comment tau. Baru aku semangat sikit nak tulis. Harap2 dpt pembaca yg setia menunggu penulisan aku. Hihi. Over pulak aku nie. Okay la aku gerak dulu. Terima kasih banyak2 kepada sesiapa yg sudi membaca catatan aku ni sampai habis. Bye, Assalamualaikum. Jumpa Lagi! 

PENGALAMAN FIRST TIME NAIK FLIGHT

Assalamulaikum dan hyee semuaa. Memandangkan hari ni aku macam takde idea nak cerita apa kat korang. So hari ni aku nak cerita pengalaman ak...